{Kisah Nabi Musa a.s. Dan Ibunya}
Kronologi
(1) Berpisah dengan ibu dan sampai ke rumah Asiyah dan Fir'aun.
(2) Bertemu semula dengan ibunya.
***********
Nabi Musa berasal daripada keturunan Bani Israel dan lahir di negara yang diperintah oleh Fir'aun.
Raja Fir'aun amat takut dengan Bani Israel, kerana dia tahu, bani tersebut suatu hari akan memusnahkan pangkat dan segala-galanya miliknya. Maka dia ingin membunuh semua keturunan bani Israel dari keturunan lelaki.
Maka berkata seorang pembesar:
"Wahai tuanku, jika semua lelaki bani Israel dibunuh, maka para perempuan mereka akan membuat kerja-kerja lelaki sedangkan kita tahu mereka tidak kuat. Akhirnya, segala tugas tersebut, kita pula yang kena laksanakan."
Maka Fir'aun berfikir, dan menitahkan agar setiap selang setahun, bani Israel dari kaum lelaki akan dibunuh. Bermakna, tahun ini bayi Bani Israel akan dibiarkan hidup untuk buat kerja berat, dan tahun hadapan, bayi-bayi yang lahir pada tahun hadapan akan dibunuh.
Dan lahirlah Musa pada tahun dimana semua bayi lelaki bani Israel yang lahir tahun itu akan dibunuh. Betapa ketakutan ibunya.
Maka Allah wahyukan agar ibunya meletakkan anaknya dalam kotak yang terapung di tepi sungai Nil (kerana rumah ibu baginda di tepi sungai). Setiap kali ada pemeriksaan bayi (oleh bidan wanita), maka ibunya akan sorokkan nabi Musa ke dalam kotak itu dan ikatkan pada tebing.
Ditakdirkan, suatu hari datang seorang bidan wanita untuk memeriksa bayi untuk diserahkan pada Fir'aun dan dibunuh. Maka ibunya tergesa-gesa letakkan Nabi Musa ke dalam kotak, dan...terlupa mengikatnya. Dengan Kuasa Allah, kotak itu bergerak mengikut arus.
Alangkah sedihnya ibu Musa a.s., disebabkan kesedihannya, dia HAMPIR sahaja meminta bantuan orang ramai yang akan menyebabkan rahsianya terbongkar. Namun oleh kerana kekuatan yang diberikan oleh-Nya, maka dia tabah dan mengadu pada kakaknya Nabi Musa a.s., dan dia (kakak Nabi Musa) menyarankan agar ibunya pergi melihat sekeliling.
Sementara itu, Nabi Musa a.s. hanyut ke rumah Fir'aun, dan dikutip oleh dayang Asiyah Binti Muzahim, isterinya Fir'aun. Mereka tidak berani buka kotak itu takut dimarahi. Maka diserahkan pada Asiyah.
Setelah dibuka, didapati di dalamnya seorang bayi yang tampan dan indah rupanya, menawan hati Asiyah yang sewaktu itu tidak punya bayi. Dipujuknya agar Fir'aun terima sudi benarkan Asiyah bela bayi itu. Sedangkan, bayi itulah yang akan membimbing Asiyah dan menghancurkan Fir'aun.
{Bagaimana Dipertemukan Dengan Ibu Tercinta}
Diserahkan pada bidan agar menyusukan Nabi Musa a.s., namun Nabi Musa tidak menerima puting mereka. Kerana Allah tetapkan bahawa baginda akan bertemu dengan ibunya.
Maka dayang-dayang membawa Nabi Musa a.s. sekeliling untuk mencari ibu susuan. Kakak Nabi Musa a.s. yang ketika itu berada di pasar, terlihat akan bayi itu. Oleh nalurinya, dia tahu bahawa itu adalah adiknya. Maka dipanggil dayang itu membawa bayi itu kepada ibunya(yang waktu itu, mereka tidak tahu, bahwa itu adalah ibunya yang sebenar).
Berkata mereka : Bagaimana kami ingin tahu kamu tidak berbohong?
Jawab kakaknya : Sesungguhnya wanita ini ikhlas dan mengharapkan imbalan.
Mereka setuju, dan Nabi Musa minum susu dari ibunya sendiri. Apabila disampaikan brita gembira itu pada Asiyah, dia gembira dan menghadiahkan wanita itu (ibu Nabi Musa) ganjaran. Allah memperkenan doa Ibu Musa untuk dipertemukan semula dengan anak kesayangannya.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar