Jam sudah menunjukkan 3.30 p.m., tapi bas masih belum tiba. Dengan cuaca panas, aku mendengus. Ahh, itu dia bas. Pintu bas dibuka dan aku memilih tempat duduk.
Dengan otak memikirkan makan malam yang akan dimasak isteriku, dan kepenatan yang aku lalui hari ini, aku melihat sekeliling bas. Seorang anak perempuan kecil sedang duduk menghadapku. Seketika kemudian, dia memberikanku senyuman. Dengan teragak-agak aku membalas senyumannya. Aku bersambung memikirkan keadaanku yang sudah lewat untuk pulang ke rumah. Bukankah bagus sekiranya aku mempunyai kereta.
Bas berhenti di suatu hentian, dan anak kecil tadi berdiri dengan ayahnya. Allah, rupanya anak kecil ini tiada sebelah kaki, dia memakai tongkat bahu. Sewaktu dia hendak turun bas, sekuntum senyuman manis sempat dikirimkan kepadaku. Aku tersenyum, kali ini dengan benar-benar ikhlas. Aku berdiam diri seketika. Ya Tuhanku, ampunkan aku kerana merungut. Aku mempunyai dua kaki, tetapi aku tidak bersyukur.
Perhentian untukku telah tiba. Aku turun bas, dan kerana perutku yang lapar aku mencari kedai-kedai di tepi jalan. Ahh, ada sebuah stall jual roti. Penjualnya kacak. Aku berkata kepada hatiku, alangkah bagus aku kacak sebegini.
Aku melihat jam, masih sempat lagi. Aku pun berborak-borak dengan dia. Apabila aku hendak pulang, lelaki tersebut memegang erat tanganku. “Abang…terima kasih temani saya. Erm, saya buta.”
Allah. Aku berikan kepadanya duit lebih, dan dia mengucapkan terima kasih. Ya Tuhanku, alangkah tidak bersyukurnya aku dengan apa yang ada pada diriku. Allah, ampunkan aku kerana sering merungut.
Dalam perjalan pulang, aku lihat ada beberapa orang sedang solat di tepi jalan. Aku turut serta dan beredar. Hinggalah aku sampai di halaman rumah aku tempat anak-anak kecil selalu main. Ada seorang anak lelaki kecil yang duduk termenung. Aku bertanya kenapa tidak sertai rakan-rakan bermain?
Kemudian dia angkat tangannya dan menunjuk kepada telinganya. Allah, baru aku tahu anak ini tidak boleh mendengar. Ampunkan aku ya Allah kerana merungut dengan segala nikmat-nikmat dari-Mu. Aku mendukung anak kecil tersebut dan bermain seketika.
Masuk sahaja di rumah, isteriku mencium tanganku dan aku mengucup dahinya. Anak-anak berlari meringkul pinggangku. Allah Tuhanku, terima kasih kerana mengurniakan semua nikmat-nikmat ini. Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Penulisan oleh : Putera Mujahid Islam
Idea daripada : Nasyid Ahmed Bukhatir – Forgive Me
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar