Puisi Hijab

Bookmark and Share



Puisi Hijab

Orang bertanya kepadaku,
Kenapa hijab jadi pilihanku?

Banyak mulut yang mengata,
Ada juga yang mencela.

“Pasti kamu kalah dalam pertaruhan,
Sebab itu kamu memakainya!
Adakah kamu tidak perasan?
Hanya orang bodoh menyarungnya!”

“Apakah kamu tidak menyikat rambut,
Dan malu untuk menayangya?
Apakah kamu dipukul sampai kabut,
Lalu kamu tutup lebamnya?”

Ini adalah suaraku,
Sebagai seorang Muslimah pilihanku.

“Menutup tubuh adalah perlu,
Agar tidak dijamah yang haram,
Engkau yang tidak malu,
Menayangkan pada yang bukan mahram.”

“Badanku bukanlah untuk siulan lelaki,
Menarik mata diperkosa mereka,
Tetapi badanku untuk suami,
Yang menjagaku dari neraka.”

“Diriku ini lebih berharga,
Dari sampah yang dipijak
Lebih mahal daripada permata,
Kerana ini adalah hak.”

Maka kepada para Muslimah,
Usah takut usah gentar,
Dengan pujukan dan cacian umah,
Kerana jiwamu berpihak pada yang benar.

Puisi Oleh : Putera Mujahid Islam

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar