Manusia Yang Pekak Ataupun Bisu

Bookmark and Share
Shaykh 'Abdul-Aziz bin Baaz rahimahullaah
Kitaab Majmoo' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah li Samaahat vol. 9, p. 336
Soalan: Adakah mereka yang pekak atau bisu bertanggugjawab, dan adakah mereka harus melakukan perkara yang dinyatakan dalam sharee'ah?
Segala puji bagi Allah,

Shaykh 'Abd al-'Azeez ibn 'Abd-Allâh ibn Baaz  menyatakan kanak-kanak yang pekak atau bisu, bila mencapai akhil baligh dipertimbangkan sebagai bertanggungjawab dan harus melakukan solat lima waktu dan sebagainya. Dia menyatakan lagi bahawa mereka ini boleh diajar melalui tulisan atau isyarat kerana bukti syare'e menyatakan kewajipan ini diwajibkan kepada semua yang mencapai akhil baligh.

Bagi lelaki yang mencapai akhil baligh, mereka mula menghasilkan air mani atau terdapat bulu ari-ari(bulu kemaluan) sekitar kemaluannya. Bagi perempuan pula, mereka mula datang haid.

Penjaga mereka ini haruslah membayar zakat dan melakukan perkara wajib yang lain bagi wakilnya. Mereka juga haruslah mengajar orang yang pekak atau bisu ini dengan apa sekali pun supaya dia(yang pekak atau bisu itu) dapat memahami dan melakukan apa yang disuruh Allah swt serta menjauhi perkara yang dilarangNya.

Syeikh menyertakan bukti dari al-Quran(terjemahannya):
"Dan lakukan tugasmu untuk Allah dan takuti Dia sebanyak mana yang boleh"
[Al-Taghabun 64:16]
Dan dari hadith Nabi Muhammad saw:
"Jika aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, lakukannya sebanyak mana yang kamu boleh"
Syeikh menyatakn mereka yang bertanggungjawab yang tidak mampu mendengar atau bisu, atau yang menjadi pekak atau bisu, harus takut kepada Allah swt dan melakukan tugas yang disuruhNya serta meninggalkan laranganNya. Dia harus mempelajari agama Islam sebaik mungkin melalui penglihatan, penulisan dan isyarat, supaya dia memahami apa yang dikehendaki.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar