Cara Tinggalkan Maksiat

Bookmark and Share


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Wahai para pembaca blog ini, saya ingin berkongsi tentang cara-cara meninggalkan maksiat.
"Sesungguhnya untuk meninggalkan maksiat itu adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (perkara yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya)."
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : 
“Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.”
Firman Allah S.W.T : 
“Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).” -Surah An Nur : Ayat 24.
“Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).” Surah Yassin : ayat 65.
Di bawah ialah cara-cara untuk kita, mukmin meninggalkan maksiat.


  • 1) Menjaga Mata
Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.
  • 2) Menjaga Telinga
Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida’ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.
  • 3) Menjaga lidah
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Jagalah lidah kita dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.
Sabda baginda Muhammad SAW : 
“Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun.” – Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.
  • 4) Menjaga perut
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.
  • 5) Menjaga Kemaluan
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.
  • 6) Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.
  • 7) Menjaga Dua Kaki
Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.
Ya aiyuhal mukminun, janganlah kita menyalahgunakan tubuh kita ke arah maksiat.
Sabda Rasulullah S.A.W. : 
“Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).” - Riwayat At Tirmizi.
Tepuk dada, tanya iman anda. Bertaubatlah segera sebelum terlambat, kerana Allah Maha Menerima taubat hambaNya yang ikhlas...InshaAllah. Menahan hawa nafsu juga adalah jihad wahai sahabatku.
Sumber rujukan : Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar