Kisah Lelaki Beriman Digoda Syaitan

Bookmark and Share
Ada seorang lelaki, bernama Ahmad. Seorang yang beriman, tawadhuk, warak dan sangat patuh pda perintah Allah. Setiap malam, disinari dengan cahaya solat sunatnya.

Suatu hari, dia telah digoda syaitan. Dia terlihat seorang wanita cantik dan ingin merogolnya. Di sudut rumahnya, terdapat lampu pelita yang masih menyala-nyala. Dia berbisik di dalam hati...

"Ya Ahmad, jika kau mampu menahan api ini...kau sangat hebat."
Dia mencabut penutup kepala pelita itu, dan meletakkan tapak tangannya di atas api yang membara itu. Menangis menahan kesakitan, segera dia menarik tangannya itu. Dia beristighfar.

Dia tersedar, niatnya itu akan membawa kepada dosa besar. Api yang baru sahaja membakar tangannya itu, sangat lah sejuk berbanding api matahari, dan api matahari juga sangatlah sejuk berbanding api neraka yang terlampau panasnya. Dia beristighfar sekali lagi. Niatnya yang jahat sebentar tadi dibatalkan. Dia memuji-muji nama-nama suci Allah.

Justeru, pengajaran cerita ini adalah kita seharusnya takut akan Allah, serta azab yang disediakanNya pada manusia yang ingkar arahanNya.
Sesungguhnya, azab Allah swt sangatlah perit untuk orang yang melakukan perkara yang dilarang olehNya.
Sedarlah wahai saudara-saudara Islam-ku. Allah swt sentiasa menerima taubat hambaNya yang ikhlas bertaubat. Kerana Allah swt itu adalah Al-Ghafur, Yang Maha Pengampun.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar