Mengamalkan Ruqyah

Bookmark and Share

Mengamalkan Ruqyah



﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾

 “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

……………………………………………

Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.
Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca. Pertama sekali, saya memohon maaf kerana blog ini sudah sekian lama tidak dikemaskinikan maklumat-maklumat di dalamnya kerana saya mempunyai jadual yang padat memandangkan saya akan SPM pada tahun 2012 ini. Alhamdulillah, Allah U beri kepada saya sebuah peluang untuk berkongsi kepada anda semua ilmu-ilmu yang bermanfaat, Insha-Allah. Sebarang pertanyaan boleh  ditujukan kepada penulis ataupun merujuk kepada ustaz ustazah yang alim dan bijaksana mengenai soal Ruqyah.

………………………………………………………

Saya ingin berkongsi kepada anda mengenai Ruqyah. Tidak dinafikan, dalam dunia yang serba maju ini, dan rakyat yang semakin kaya dan bijaksana, pasti ada yang dengki atau iri hati kepada kita. Namun, oleh kerana kecetekan ilmu ﻋﻘﻴﺪہ (‘Aqeedah) mereka, mereka memilih jalan yang tersimpang dari الصِّرٰطَ الۡمُسۡتَقِیۡم  (Siratul Mustaqeem - Jalan Yang Benar) iaitu mereka memilih Sihir sebagai jalan penyelesaian melangsaikan cemburu mereka. Astaghfirullah Al-Azim.
   Tetapi syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui sifat-sifat makhluk-Nya. Seperti yang dijanjikan Allah U , setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka ubat bagi sihir adalah Al-Quran dan Sunnah. Dalam penulisan ini, saya fokuskan kepada Ruqyah.

Pengenalah Ruqyah

Ruqyah ialah kumpulan ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah yang menjadi doa-doa perlindungan yang kita sebagai muslim perlu diamalkan ke atas dirinya sendiri, keluarga dan umat Islam sebagai perlindungan diri daripada segala bentuk kejahatan manusia, jin, penyakit-penyakit dan sebagainya. Ruqyah ini bukanlah sihir atau mantera syirik oleh kerana Ruqyah ini adalah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Pengertian Ruqyah

Ar-Ruqyah adalah jamak daripada “Ar’Ruqo’” yang bermaksud jampi, mantera dan bacaan-bacaan. Pada istilah, ia adalah ungkapan yang digunakan sebagai bacaan bagi menyembuhkan, melindungi dan menjaga, menguatkan, melancarkan atau memudahkan sesuatu.

Jenis Ruqyah

1.       Ruqyah Syirkiyah
Ruqyah Syirkiyyah atau Jahilliyyah ialah mantera yang keseluruhan atau sebahagiannya mengandungi unsure syirik, jahilliyyah atau tidak sesuai dengan syariat Islam. Ruqyah seperti ini hukumnya haram dalam Islam.

2.       Ruqyah Syariyah
Ruqyah Syariyah merupakan terapi dengan cara membaca al-Quran, doa dan zikir yang diajarkan baginda Muhammad melalui hadis yang sahih dan Hassan yang dilakukan oleh orang Islam sama ada bertujuan menjaga diri sendiri atau orang lain daripada pengaruh jahat pandangan mata (al-Ain) manusia dan jin, kerasukan, pengaruh sihir dan sebagainya. Ruqyah Syariyah dibolehkan mengikut syariat Islam. Dengan izin Allah, perkara-perkara jahat dan buruk itu dapat disingkirkan.

Dalil Ruqyah

1.       Dalil Ruqyah Syirkiyah dilarang :

(a)    “Daripada Jabir r.a. berkata, Rasulullah melarang Ruqyah”
[Dilaporkan oleh Muslim]

(b)   Ibn Mas’ud berkata , Rasulullah memberitahu : “Ruqyah, tamimah dan tiwalah adalah perbuatan syirik.”
[Dilaporkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud]

(c)    Ibn Abbas berkata, Rasulullah memberitahu : “Akan masuk syurga tanpa hisab daripada umatku sebanyak 70 ribu orang.” Para sahabat bertanya : “Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?” Beliau bersabda : “Mereka adalah orang yang tidak diminta diruqyah dan tidak minta supaya lukanya ditempel dengan besi yang dipanaskan dan mereka bertawakal kepada Tuhan mereka.”
[Dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim]

2.       Dalil Ruqyah Syariyah dibenarkan :

(a)    Aisyah r.ha. berkata : “Rasulullah memerintahkan kami supaya meruqyah orang yang terkena gangguan ‘ain.”
[Muttafaq ‘Alaih]

(b)   Ummu Salamah r.ha. (memberitahu), Nabi melihat di rumah Ummu Salamah ada seorang wanita yang pada wajahnya ada saf’ah(lingkaran hitam di sekitar matanya) maka baginda bersabda : “Lakukanlah Ruqyah untuknya(wanita itu) kerana dia terkena gangguan(nazaroh atau ‘ain)
[Muttafaq  Alaih]

(c)    Abu Said al-Khudri r.a. berkata, Rasulullah sentiasa meminta perlindungan daripada gangguan jin dan ‘ain hingga akhirnya turun dua surah perlindungan (Al-Falaq dan An-Nas), maka sejak itu digunalah keduanya dan baginda tinggalkan yang lain.
[Dilaporkan oleh at-Tirmidzi]

Syarat Peruqyah

Oleh kerana ruqyah syariyah ini merupakan sunnah Rasulullah , maka peruqyah tidak dikhususkan kepada orang tertentu sahaja. Selagi syarat sebagai  Muslim yang baik secara minimum dapat dipenuhi, kita semua boleh meruqyah.
Syarat-syaratnya adalah :
1.       Bersih Aqeedah
2.       Ibadah yang benar sesuai dengan ajaran Rasulullah
3.       Menjalani hidup secara berjemaah

Syarat Orang Diruqyah

Ruqyah tidak terbatas kepada mengubati gangguan jin dan sihir, tetapi dapat diaplikasikan lebih daripada itu. Ruqyah dapat digunakan juga sebagai penyembuh fizikal, contohnya terkena bisa ular, luka, keracunan dan sebagainya. Dengan izin Allah akan sembuh.

Proses  Ruqyah

1.      Inzar Sebelum Ruqyah

“Ya Hayyu Ya Qayyum birohmatika astaghis”

Wahai Zat Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, dengan Rahmat-Mu aku memohon perlindungan.

2.       Ayat-ayat Ruqyah Daripada al-Quran :

1.      Surah Al-Fateehah                        : Sehingga Habis Surah
2.      Surah al-Baqarah             : 1-5
3.      Surah al-Baqarah             : 102
4.      Surah al-Baqarah             : 163 – 164
5.      Surah al-Baqarah             : 255
6.      Surah al-Baqarah             : 285 – 286
7.      Surah Ali Imron                 : 18 – 19
8.      Surah al-A’raf                    : 54 – 56
9.      Surah al-A’raf                    : 117 – 122
10.  Surah Yunus                      : 81 – 82
11.  Surah Thaha                      : 69
12.  Surah al-Mukminun          : 115 – 118
13.  Surah as-Saffat                  : 1 – 10
14.  Surah al-Ahqaf                  : 29 – 32
15.  Surah ar-Rahman              : 33 – 36
16.  Surah al-Hasyr                  : 21 – 24
17.  Surah al-Jinn                     : 1 – 9
18.  Surah al-Ikhlas                  : Sehingga Habis Surah
19.  Surah al-Falaq                   : Sehingga Habis Surah
20.  Surah an-Naas                   : Sehingga Habis Surah

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar