Al-Jazari – Penyemarak Semangat Cintakan Ilmu
﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah
﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]
…………………………………………
Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.
Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.
Alhamdulillah, terdetik hati menyelak buku agama Islam tingkatan 5 dengan lebih mendalam dan terjumpa suatu rekaan yang menarik. Sebuah rekaan yang menakjubkan, dihasilkan oleh orang Islam sendiri, namun jarang sekali disebut nama beliau. Rekaan beliau seperti yang ditunjukkan di atas. Allah mendetikkan hati saya untuk berkongsi kepada anda kisahnya, kerana saya yakin anda kebanyakannya tidak pernah mendengar ciptaannya, apatah lagi namanya.
………………………………
- Beliau dinamakan bersempena dengan nama kawasan kelahirannya; Al-Jazira ,
- kawasan utara Mesopotamia
- Seperti ayahnya, beliau merupakan seorang artis seni pertukangan,
- oleh itu beliau sebenarnya lebih kepada jurutera praktikal berbanding jurutera yang mementingkan toeri dan kira-kira.
- Menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices.Dalam buku tersebut,beliau mempamerkan 50 alat mesin dan cara pembuatannya.
- Antara hasil kerjanya yang terkenal ialah dalam pembuatan mesin Automata (mesin yang bergerak sendiri melalui kesinambungan mekanisma peralihan tenaga dalam sesuatu sistem).Mesin-mesin automata ini pula digabungkan dengan konsep keseniaan yang akhirnya menghasilkan konsep teknikal yang indah.
- Dalam sejarah Barat;beliau dikenali dengan nama Father of Robotics.
Pelbagai ciptaannya yang telah menyemarakkan nama baik Islam. Sehingga dikatakan seni Leonardo Da Vinci mendapat idea daripada lakaran-lakaran Al-Jazari ini. Wallahu alam.
Alangkah indahnya dapat memakmurkan bumi ini.
Antara ciptaannya adalah :
Spesifikasi teknikal injap
Nama penuh beliau adalah Abu al-Ismail Bin al-Razaz al-Jazari. Al-Jazari dilahirkan 300 tahun sebelum Leonardo Da Vinci atau lebih tepat lagi pada tahun 1136 Masihi .
Gelaran al-Jazari diambil sempena nama tempat kelahiran beliau, iaitu di Al-Jazira. Kisah kehebatan al-Jazari sebagai jurutera agung bermula apabila datuknya sendiri mengesan bakat al-Jazari di sebuah Ladang kurma milik keluarga mereka.
Memang sudah menjadi rutin, untuk al-Jazari menolong datuknya di ladang kurma jika ada kelapangan. Sewaktu al-jazari sedang berehat, beliau bermain dengan model mekanikal yang diciptanya sendiri menggunakan buluh dan serangga.
Datuknya terpegun melihat cucunya yang masih kecil mampu mencipta sebuah mini model mekanikal yang berkonsepkan kincir air seperti yang terdapat di kebun itu. Walaupun rekaan mini model itu nampak terlalu ringkas pada mata kasar, tetapi datuknya mengerti yang al-Jazari sedang mengkaji dan mencipta setiap gerakan mekanikal. Rupa-rupanya tindakan al-Jazari yang sering bereksperimentasi itu kurang di senangi oleh bapanya sendiri. Bapanya menganggap tindakan al-jazari itu suatu perkara yang sia-sia.
Namun si datuk yang lebih berpengalaman memberitahu kepada bapa al-Jazari, “kamu tidak perlu melarang anakmu mempelajari ilmu itu, kerana dia akan menjadi ilmuwan yang berjasa kepada masyarakat di masa akan datang. Ilmu yang sedang dikaji oleh anakmu itu adalah ilmu mekanikal. Ilmu mekanikal ini dipelopori oleh keluarga Musa Bin Shakhir pada zaman khalifah Harun al- Rashid.
Mereka menterjemah buku-buku Yunani dan mengasaskan ilmu mekanikal. Mereka mencipta teori dan seratus alatan mekanikal bagi menggerakkan benda. Mereka membukukan gambar rajah dan maklumat mengenai cara-cara menggerakkannya. Antaranya ialah kincir air dan takal. Dengan ilmu mekanikal ini juga pekerja binaan dapat membina lebih banyak kubu dan kota”.
Terdiam bapa al-Jazari mendengar penjelasan yang panjang lebar itu.
Peristiwa di ladang kurma itu memberikan impak yang besar pada diri al-Jazari.
Keinginan untuk mendalami ilmu mekanikal semakin membuak-buak ditambah pula dengan sokongan padu yang diberikan oleh datuknya. Selain itu, beliau sudah menghafal al-Quran, Hadis, mendalami Bahasa Arab dan ilmu agama.
Hasil dari kajian dan penyelidikan secara terperinci, al-Jazari telah menulis dua buah buku. Kitab ‘Fi Marifatil Hiyal al-Handasiyyah’ iaitu buku Perkakas Mekanikal Pintar dan “kitab al-Hiyal Fil Jam Bainal ilm Wal Amal” iaitu pertautan antara ilmu dan amali menerangkan tentang ilmu mekanikal.
Bukunya dianggap sebagai manuskrip terkenal di dunia di tambah pula dengan ilustrasi yang mengagumkan di dalam buku tersebut. Malah, ada yang mengatakan kitab-kitab beliau pernah dibaca dan dikaji oleh Leonardo Da Vinci.
Ini kerana para penyelidik UKM berpendapat besar kemungkinan Leonardo dipengaruhi oleh tulisan Al Jazari kerana terdapat bukti interaksi di antara Leonardo da Vinci dan Empayar Ottoman dimana Al Jazari tinggal. Al-jazari mendapat gelaran Bapa Kejuruteraan Moden kerana kajiannya menjadi asas kepada perkembangan teknologi industri. Beliau meninggal dunia pada tahun 1206 Masihi di Diyar Bark, tenggara Turki.
[Dipetik dari : http://muhammademwai.blogspot.com/2012/03/kisah-jurutera-al-jazari-si-pereka.html ]
Namun…
Yang ingin saya tuliskan di sini adalah menyedarkan anda kepentingan ilmu duniawi dan ukhrawi. Kedua-duanya haruslah diseimbangkan. Al-Jazari telah menyemarakkan semangat umat Islam dalam bidang kejuruteraan. Namun, kita sebagai generasi muda sekarang ini, ramai yang tidak ambil berat tentang ilmu. Bagi mereka, “Enjoy” lebih seronok. Jangan letak otak di lutut wahai sahabat. Di mana kesedaran anda?
Generasi demi generasi Islam terdahulu menjaga nama baik Islam, tetapi anda meruntuhkan nama Islam. Ketahuilah pintu taubat masih terbuka. Saya yakin, kepada anda yang mengambil sains tulen, pernah terpacul di mulut anda : “Aduh, physics! Ni yang aku nak tidur ni. Woi, jom ponteng.”
Saya tahu subjek Physics perlukan pemikiran yang mendalam dan menjangkau luar dari minda anda, “Out of the box.”
Bukan setakat physics, subjek lain juga harus diambil berat. Kerana besar kemungkinan anda yang akan menjadi seperti “Al-Jazari” yang menegakkan nama Islam. Segalanya bermula dengan usaha anda.
Bukan “besar kemungkinan”, tetapi andalah generasi akan datang yang menegakkan Islam. Siapa lagi kalau bukan anda? Adakah anda mengharapkan orang dahulu ini kembali hidup membantu anda? Berpijaklah di bumi yang nyata. Wallahu alam.
Semoga perjuangan al-Jazari ini membuka mata anda pentingnya ilmu untuk memakmurkan kehidupan masyarakat dan bumi, bukan disalahgunakan.
Semoga perjuangan al-Jazari ini membuka mata anda pentingnya ilmu untuk memakmurkan kehidupan masyarakat dan bumi, bukan disalahgunakan.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar