..."Puasa pada hari itu dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu."...
Alhamdulillah, segala puji-pujian milik-Nya. Pada artikel ini, saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai puasa Asyura' dan Tasu'a.
Pengertian Asyura'(Arab - عاشوراء)
Sebahagian ulama' berpendapat bahawa asyura' berasal daripada ayat 'asyaroh dari bahasa arab yang bermaksud sepuluh. Dari segi istilahnya, asyura' adalah puasa sunat yang dilakukan baginda Muhammad saw pada hari ke-10 bulan Muharrram, dan dinamakan Puasa Asyura'.
Pengertian Tasu'a(Arab - التاسع)
Seperti halnya Asyura', ulama' berpendapat bahawa Tasu'a berasal dari ayat Tis'ah dari bahasa arab yang bermaksud sembilan. Manakala dari segi istilahnya pula, tasu'a adalah puasa sunat yang diamalkan Rasulullah saw pada hari ke-9 bulan Muharram, dan kerana itulah puasa ini dinamakan Puasa Tasu'a.
Dalil Sunnah Baginda Muhammad saw
Puasa Asyura' :
Dari Ibn Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura' (tanggal 10 Muharram) dan memerintahkan (umatnya) untuk berpuasa pada hari itu.
[Muttafaq 'Alaih - HR Bukhari (3397) dan Muslim (1130)]
Dari Abu Qatadah r.a. bahawa Rasulullah saw ditanya perihal puasa pada hari 'Asyura'. Baginda saw bersabda : "Puasa pada hari itu dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu."
[HR Muslim (1162)]
Puasa Tasu'a :
Dari Ibn Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya jika aku masih tetap hidup sampai tahun depan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan bulan Muharram (Tasu'a)."
[HR Muslim (1134)]
Wallahu 'alam. Sama-samalah kita beramal dengan sunnah baginda Muhammad saw, insha-Allah.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar