Kenapa Wanita Menangis?

Bookmark and Share




Seorang anak kecil bertanya kepada ibunya, “Kenapa ibu menangis?”

“Sebab ibu perlu,” kata ibunya.
“Saya tidak faham,” kata anaknya.

Ibunya memeluk anaknya seraya berkata, “Dan kamu tidak akan pernah faham.”

Kemudian, anak kecil tersebut bertanya kepada ayahnya, “Kenapa ibu selalu menangis tanpa sebab, ayah?”

“Semua perempuan menangis tanpat sebab,” kata ayahnya yang endah tidak endah.

Anak kecil tersebut masih tertanya-tanya, akhirnya dia bertanya seorang ustaz. “Semestinya beliau tahu jawapannya,” sangkaannya.

“Wahai Ustaz! Kenapa wanita selalu menangis?”

Jawab Ustaz tersebut:



"Apabila Allah menciptakan wanita, Dia menciptanya dengan istimewa. Dia menjadikan bahu wanita kuat untuk membawa bebanan dunia, namun lembut untuk memberikan kelembutan. Dia mengurniakan wanita kekuatan untuk melahirkan anak. Dia mengurniakan wanita kekerasan untuk meneruskan hidup walaupun orang lain sudah mengalah, dan menjaga keluarganya walaupun sedang sakit dan letih tanpa merungut. Dia mengurniakan wanita sifat sensitif untuk menyayangi anaknya dalam apa jua keadaan, meskipun anaknya telah menyakitkan hatinya. Dia kurniakan pada wanita kekuatan untuk mengangkut tuduhan yang diterima suaminya dan dicipta dari rusuk suaminya untuk melindungi jantung suaminya. Dia mengurniakan kebijaksanaan pada wanita untuk mengetahui bahawa suami yang baik tidak akan menyakiti hati isteri, tetapi kadangkala menguji wanita tersebut untuk berada di samping suaminya tanpa terasa agak-agak. Maka Allah mengurniakan air mata untuk wanita.Air mata ini miliknya dan hanya menjadi miliknya. Dia tidak perlukan alasan, atau penerangan, air mata tersebut miliknya."


“Sebenarnya anakku, kecantikan wanita itu bukan pada pakaian dipakainya, wajahnya atau bagaimana dia menyikat rambutnya. Kecantikan wanita itu mesti dilihat dari matanya, kerana itulah pintu kepada hatinya – tempat di mana kasih sayang bersimpuh,” kata ustaz tersebut.


Akhirnya anak tersebut mendapat jawapannya yang tepat dan tidak pernah bertanya mengenainya lagi.


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar