Taubatnya Seorang Pemuda Yang Suka Menggangu Wanita

Bookmark and Share

Taubatnya Seorang Pemuda Yang Suka Menggangu Wanita



Setelah pulang dari kerja, aku lalu di sebuah lorong yang sunyi dengan keretaku. Tidak banyak orang lalu di sini, dan ini merupakan jalan pintasku ke rumah. Sedang dalam perjalanan, ku lihat seorang lelaki sedang mengacau para perempuan yang lalu lalang di situ. Aku melintasi lelaki itu, dan hati ku berdetik 2 perkara :
1.       1. Patutkah aku undur keretaku dan menasihati lelaki itu?

2.      2,  Patutkah aku membiarkan sahaja.

Dan aku memilih alternatif pertama. Aku undurkan kereta, dan lelaki itu masih lagi menggangu para wanita yang lalu lalang. Dua beradik sedang lalu, dan lelaki itu membontoti mereka. Namun mereka tidak mengendahkan lelaki itu, dan mereka masuk ke rumah mereka meninggalkan lelaki itu.

Aku parkir kereta sebelah dengan kereta lelaki itu, dan aku memberi salam padanya. Dia tidak mengendahkan, lalu aku berkata : “Bayangkan! Bahawa mereka yang kamu ganggu itu adalah adik-adik kamu, puteri-puteri kamu, ibu kamu. Adakah kamu akan membontoti mereka? Sanggupkah kamu membiarkan orang lain mengganggu mereka? Sanggupkah kamu?!” Sungguh saat itu aku juga takut, memandangkan lelaki itu berbadan sasa dan tinggi. Namun, aku juga kaum hawa, tidak mahu diganggu lelaki. Maka aku beranikan diri.

Kelihatan lelaki itu tunduk ke bawah, nampaknya nasihat aku berkesan. Tiba-tiba air mata lelaki itu bercucuran di pipinya. Aku melihat petanda baik, dan hal itu mendorong aku untuk terus menasihatinya. Rasa takut dalam hatiku sudah lenyap untuk menasihatinya.

Kemudian aku memberi salam untuk beredar, lelaki itu menahanku dan meminta nombor telefonku. Dia menceritakan kepada ku bahawa dia mengalami kefakuman jiwa yang mematikan, maka aku mencatatkan masalahnya itu.

Setelah beberapa hari, dia datang ke rumah. Wajahnya berubah. Dia mula menyimpan janggut, dan cahaya iman menghiasi dirinya. Aku duduk bersamanya, dan dia menceritakan masalahnya kepadaku. Katanya, dia telah menghabiskan hari-harinya di lorong-lorong, selalu menggangu para mukminin dan mukminat.
Mendengar hal itu, aku cuba memujuknya dan kuberitahu bahawa Allah itu Maha Luas AmpunanNya. Ku bacakan padanya firman Allah bermaksud :

“Katakanlah : ‘Hai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan membuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sungguh Dia Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
[Az-Zumar : 53]

Maka wajahnya menjadi berseri-seri dan menguntumkan senyuman dengan apa yang aku sampaikan. Dia kemudiannya meminta diri dan memintaku agar menjenguknya sekiranya ada masa, kerana dia memerlukan orang untuk membimbingnya. Dan aku berjanji untuk mengunjunginya.

Hari berlalu, dan aku pula disibukkan dengan urusan kerjaku. Setelah ada kelapangan, maka aku menjenguk dia.

Sesampainya di rumah dia, ku ketuk pintu rumahnya, dan terlihat seorang wanita tua membuka pintu dan pada wajahnya nampak kemuraman dan kesedihan. Aku tanyakan padanya tentang lelaki itu. Dia terdiam sejenak, kemudiannya dengan suara tersedu, dia berkata : “Dia sudah almarhum. Semoga Allah mengasihi dan mengampuni dia.” Kemudian menyambung kata-katanya : “Benar…sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada penghabisannya.”

Kemudian dia menceritakan padaku, bagaimana mulanya dia mengetepikan kewajipan Allah, tidak solat, jauh dari ketaatan kepadaNya. Kemudian akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya beberapa hari sebelum kematiannya. Sungguh Allah telah menyelamatkan dia dengan RahmatNya sebelum terlambat.
Selesai aku memujuk dan menceriakannya, aku pulang ke rumah. Dan aku berjanji kepada Allah untuk memberikan nasihat kepada setiap muslim.


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar