Melayan Ibu Bapa

Bookmark and Share

Melayan Ibu Bapa

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.


Apa khabar sahabat-sahabat, saudara-saudara sama darah se-Islam? J Dengan harapan, kita mendapat rahmat Allah subhanawahwa ta’ala, InshaAllah. Apa sumbangan anda hari ini terhadap Islam? Apa pula sumbangan anda terhadap ibu bapa hari ini?

Mari luangkan sedikit sahaja masa anda di sini ya. Mari kita semua mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, InshaAllah.

Ibu bapa adalah insan yang telah melahirkan kita, mendidik kita, memberi kita perlindungan dan sebagainya. Dalam Islam, kita dilarang sama sekali melawan ibu bapa kita selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahqaf:


Maksudnya:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam(yang tunduk patuh kepadamu).”
[Al-Ahqaf : Ayat 15]

Dalam ayat ini, Allah memberitahu kita harus patuh kepada ibu bapa kerana ibu telah susah payah mengandungkan kita dan bersusah payah pula untuk melahirkan kita. Sahabat-sahabat, mengapa harus kita melawan mereka, bersyukur bahawa kita dapat melihat bumi Allah ini. Bersyukur kita dapat bernafas dengan izin-Nya.

Apabila mereka tua, haruskah kita meminggirkan mereka?
Wahai anak-anak yang soleh serta solehah, janganlah kita meminggirkan ibu bapa kita walaupun selama ini mereka melayan kita sama ada cara baik atau buruk. Ini kerana mereka masih ibu bapa kita, darah daging kita.


Firman Allah dalam surah Al-Isra’:



Maksudnya:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
[Al-Isra’ : Ayat 23]


Jelas di sini Allah menyatakan bahawa ibu bapa yang berada dalam jagaan kita walaupun apabila sampai umur tua mereka, haruslah kita melayan mereka dengan baik, kita tidak patut mengeluarkan perkataan kesat kepada. Walaupun mereka dah tua, mereka masih berperasaan seperti kita. Perkatan “Ha” sekalipun tidak boleh kita keluarkan dari mulut kita kepada mereka. Tetapi yang sebaiknya adalah, kita menyebut perkataan indah dan manis kepada mereka. Puji-pujilah mereka agar mereka berasa senang hati dengan kita, inshaAllah.

Aduh, mereka menyuruh aku melawan suruhan Allah. Bagaimana ya?

Jawapannya adalah, kamu wajib menderhaka mereka kerana mereka menyuruhmu menderhaka kepada Allah. Kerana Allah itu lagi tinggi darjatnya dari segala perkara berbanding ibu bapa. Kita tidak seharusnya menyekutukan Allah, hal ini dikira dosa besar.

Allah berfirman dalam surah Al-‘Ankabut:



Maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
[Al-‘Ankabut : 8]

Kita sebagai umat Islam, harus melebihkan Allah dari segalanya. Allah itu Maha Kuasa atas segalanya. Mengapa harus kita mengikut kata-kata ibu bapa yang mengajak kita melakukan perkara mungkar? Allah tidak suka pada hamba-Nya yang tidak patuh pada-Nya. Kepada Allah jua lah kita akan kembali.


Tapi bagaimana kalau ibu bapaku memanggilku serentak?

Dalam situasi ini, hendaklah kamu menjawab panggilan dari ibumu dahulu. Dalam 1 hadis menerangkan tentang wanita iaitu:

 “Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.”


Untuk mengetahui tentang hadis ini, klik di sini yang menerangkan tentang 19 hadis mengenai wanita.

Oleh itu, marilah kita menunaikan perkara yang disuruh Allah serta tinggalkan perkara yang dilarangNya. Ingatlah, kepada Allah jua lah kita akan kembali kelak. Tidak perlu lah kita bermegah di dunia ini kerana dunia ini hanya pinjaman sementara oleh Allah untuk kita. Hormatilah ibu bapamu, kerana mereka telah bersusah payah melahirkan kamu wahai sahabat. Saya ingin berpesan kepada anda diri saya sendiri, hormat ibu bapa kita. Hayatilah pengorbanan mereka selama ini terhadap kita yang tidak boleh dibayar hanya dengan wang ringgit.

Maklumat oleh Mohamad Zafranudin Bin Mohamed Zafrin

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar