Imam Hanafi Tidak Makan Ikan?

Bookmark and Share


Imam Hanafi pernah dijemput makan ke sebuah rumah. Tuan rumah mempelawa Imam Hanafi makan ikan yang dimasak, tetapi Imam Hanafi menolaknya. Beliau menceritakan kepada tuan rumah tersebut bahawa beliau hampir 6 tahun tidak makan ikan. Malah tidak hampir 6 tahun lagi. Beliau menceritakan pada tuan rumah tersebut mengapa beliau tidak makan ikan selama hampir 6 tahun.

Suatu ketika di suatu tempat, tersebar berita kehilangan kambing-kambing. Masyarakat setempat menjadi kecoh dengan berita itu hingga sampai ke telinga Imam Hanafi.

Pada suatu hari, Imam Hanafi berjalan di sebuah bukit. Dalam sedang berjalan-jalan, beliau terdengar gelakan di balik bukit. Beliau pergi melihat dan mendapati sekumpulan lelaki sedang makan kambing, dan sisa makanan itu dicampakkan ke dalam sungai.

Imam Hanafi bertanya pada seorang yang pakar tentang ikan berapakah tempoh hayat seekor ikan? Jawab pakar ikan tersebut adalah selama  6 tahun. Imam Hanafi risau sekiranya ikan yang akan dimakannya kelak bercampur dengan sisa kambing yang haram itu.

Maka beliau berpuasa dari makan ikan selama hampir 6 tahun.

Pengajarannya di sini, seorang Imam yang warak mampu tahan selama hampir 6 tahun dari memakan benda-benda yang bercampur haram. Mengapa kita tidak mampu contohi beliau? Tahanlah diri kita daripada makanan yang diragui mengandungi unsur-unsur Gharar(ragu-ragu) seperti makanan yang diragui mengandungi babi dan sebagainya.

Insha-Allah, kita mampu berubah menjadi lebih baik :)

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar