Barsisa Si Penyembah – The Renegade!

Bookmark and Share



Barsisa Si Penyembah – The Renegade(Pengkhianat)

﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]
………………………………………………………………………………

Alhamdulillah, syukur saya ucapkan kepada Allah subhana wata’ala kerana memberi keizinan kepada saya untuk menceritakan kepada anda kisah Barsisa, seorang rahib[ahli Ibadat] yang kuat beribadat kepada Allah selama 60 tahun. Di mana akhirnya dia menyembah syaitan, dan dia bersama syaitan itu dicampakkan ke Neraka Jahannam.
Syukurlah kepada Allah, kerana anda para pembaca setia blog Aku Cintakan Islam ini – mendapat kesempurnaan fizikal dan mental, dan paling indah adalah anda mendapat Islam ini. Mungkin ada antara pembaca kita kurang upaya, tidak mengapa, jangan anda bersedih, kerana saya sentiasa doakan Allah memudahkan urusan kamu dan mendapat naunganNya di akhirat, begitu juga pembaca-pembaca lain. Insha-Allah.
Kisah ini dikisahkan oleh Imam Ibnu Kathir, seperti dalam post sebelum ini yang saya kisahkan juga kisah “Habil dan Qabil – Jenayah Pertama Dunia”. Imam Ibnu Kathir seorang yang alim dalam ilmu al-Quran. Masha-Allah, moga kita mengikut jejak langkah beliau kepada Allah. Insha-Allah.
Sebelum mula membaca, niatkan di hati agar apa yang anda baca ini bermanfaat. Insha-Allah saya ucapakan.
…………………………………………………………………………………

Barsisa Si Penyembah – The Renegade(Pengkhianat)


 ﴿کَمَثَلِ الشَّیۡطٰنِ اِذْ قَالَ لِلْاِنۡسَانِ اکْفُرْۚ فَلَمَّا کَفَرَ قَالَ اِنِّیۡ بَرِیۡٓءٌ مِّنۡکَ اِنِّیۡۤ اَخَافُ اللہَ رَبَّ الْعٰلَمِیۡنَ


16. “(Sikap orang munafik itu) samalah seperti (sikap) syaitan ketika dia berkata kepada manusia : “Kafirlah kamu!” Kemudian ketika manusia itu menjadi kafir, dia berkata : “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”

﴿ فَکَانَ عٰقِبَتَہُمَاۤ اَنَّہُمَا فِی النَّارِ خٰلِدَیۡنِ فِیۡہَا ؕ وَ ذٰلِکَ جَزٰٓؤُا الظّٰلِمِیۡنَ


17. “Maka kesudahan bagi keduanya, bahawa keduanya masuk ke dalam neraka, kekal di dalamnya. Demikianlah balasan bagi orang zalim.”}
[Al-Quran Surah al-Hasyr : 16 - 17]

…………………………………………………………………………………


Ibn Jarir berkata bahawa ‘Abdullah Ibnu Mas’ud menterjemahkan ayat al-Quran tersebut yang berbunyi :
{“(Sikap orang munafik itu) samalah seperti (sikap) syaitan ketika dia berkata kepada manusia : “Kafirlah kamu!” Kemudian ketika manusia itu menjadi kafir, dia berkata : “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seluruh alam.” “Maka kesudahan bagi keduanya, bahawa keduanya masuk ke dalam neraka, kekal di dalamnya. Demikianlah balasan bagi orang zalim.”}[Al-Hasyr : 16 – 17]

Ibnu Mas’ud   berkata :
                Suatu masa dahulu, terdapat seorang wanita yang mengembala kambing biri-biri dan kambing untuk meragut rumput. Dia mempunyai 4 orang abang. Dia (dengan sebab tertentu) terpaksa tinggal pada malam itu di rumah seorang rahib. Rahib itu melakukan zina dengannya, dan dia disahkan mengandung. Syaitan datang kepada rahib tersebut dan membisik : “Bunuh wanita ini dan tanam dia dalam tanah kerana kamu adalah orang yang tinggi derajatnya dan lelaki yang disegani ramai.”[Yakni : Jangan mengambil risiko atas reputasinya sebagai seorang rahib yang disegani melakukan zina dengan wanita yang biasa ini.]

Rahib ini membunuh wanita tersebut dan menanamnya. Seterusnya, syaitan tadi datang ke rumah abang-abang wanita yang dibunuh itu, yang pada waktu itu mereka sedang dibuai mimpi. Syaitan terkutuk ini membisik pada mereka : “Rahib tersebut telah merogol adikmu dan menanamnya di tempat sekian dan sekian.”

Paginya, salah seorang dari abang itu berkata : “Demi Allah! Malam tadi aku mimpi yang aku sendiri tidak pasti mahu kaitkan sama kalian ataupun tidak.” Mereka berkata, kaitkan dengan kami. Dia memberitahu kepada mereka dan salah seorang dari mereka berkata juga : “Demi Allah! Aku juga mimpi yang sama!”Seorang lagi mengucapkan yang sama, dan yang keempat juga ucap yang sama. Mereka bersetuju bahawa mungkin ada sesuatu yang tidak kene dengan mimpi itu.

Kemudiannya mereka bertemu Raja dan meminta bantuannya untuk menangkap rahib tersebut. Raja mengarahkan askar untuk menangkapnya dan membawa dia ke sini. Saat dalam perjalanan, syaitan datang dan membisik : “Aku sengaja perangkapkan kamu. Tiada siapa dapat selamatkan kamu dari ini. Sujud dan sembahlah aku, nescaya aku bebaskan engkau dari perkara ini.” Makanya, rahib itu menyembah syaitan ini. Apabila askar-askar tersebut persembahkan rahib kepada Raja, syaitan berbisik : “Aku bebas dari engkau!” Akhirnya, rahib itu dibunuh.

Kisah yang sama juga dikisahkan oleh Ketua Orang Beriman, Khalifah Ali bin Abi Talib dalam perkataan lain pula. Ibnu Jarir berkata : Aku diberitahu oleh Khallad Ibn Aslam dengan keizinan An-Nadr Ibn Shamil daripada Shu’bah daripada Abu Ishaq daripada Abdullah Ibn Nahik berkata :

Aku mendengar  Saidina Ali berkata :

                Seorang rahib menyembah Allah selama 60 tahun lamanya. Syaitan berusaha untuk memerangkap dia, tetapi tidak berjaya. Syaitan ini datang kepada seorang wanita dan sentuh dia[yakni : menjadikan dia gila sawan.] Wanita ini mempunyai abang-abang yang telah didatangi oleh syaitan yang memberitahu mereka supaya membawa adik mereka ini kepada seorang rahib untuk menerima rawatan. Mereka membawa adik mereka, dan rahib ini melayan(merawat) dia. Seterusnya, wanita ini terpaksa tinggal di dalam rumah rahib ini. Suatu hari, rahib ini tertarik kepadanya dan merogolnya kemudiannya itu. Wanita ini mengandung dan dia membunuh wanita ini(untuk menutup jenayah pertamanya.) Abang-abang mereka setelah mengetahui hal tersebut datang kepada rahib tersebut. Dan syaitan muncul lagi dan berkata : “Aku kawan kamu. Aku tidak jumpa jalan untuk sesatkan kamu, akhirnya aku perangkap juga kamu. Jadi, patuhlah aku dan aku akan selamatkan engkau dari hal ini. Sembahlah aku, dan aku akan membebaskan engkau.”

    Rahib tersebut sembah syaitan tersebut. Kemudian, syaitan itu berkata : {“Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seluruh alam.” }[al-Hasyr : 16]

Inilah terjemahan daripada Firman Allah Azza wa jalla :


 ﴿کَمَثَلِ الشَّیۡطٰنِ اِذْ قَالَ لِلْاِنۡسَانِ اکْفُرْۚ فَلَمَّا کَفَرَ قَالَ اِنِّیۡ بَرِیۡٓءٌ مِّنۡکَ اِنِّیۡۤ اَخَافُ اللہَ رَبَّ الْعٰلَمِیۡنَ


16. “(Sikap orang munafik itu) samalah seperti (sikap) syaitan ketika dia berkata kepada manusia : “Kafirlah kamu!” Kemudian ketika manusia itu menjadi kafir, dia berkata : “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”

﴿ فَکَانَ عٰقِبَتَہُمَاۤ اَنَّہُمَا فِی النَّارِ خٰلِدَیۡنِ فِیۡہَا ؕ وَ ذٰلِکَ جَزٰٓؤُا الظّٰلِمِیۡنَ


17. “Maka kesudahan bagi keduanya, bahawa keduanya masuk ke dalam neraka, kekal di dalamnya. Demikianlah balasan bagi orang zalim.”}
[Al-Quran Surah al-Hasyr : 16 - 17]

Allah sahaja yang tahu yang terbaik! Sekian terima kasih, Jazakallahu khoiron.
Setinta ilmu dikongsi daripada ﺍﺧﻰ Putera Mujahid Islam, Jazakallah wahai para pembaca rahimahullah ^_^

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar