Kuasa Allah Membantu Orang Menegakkan Kebenaran.

Bookmark and Share
Kuasa Allah Membantu Orang Menegakkan Kebenaran.




Imam Hanbali diseksa seteruk-teruknya oleh Khalifah Al-Muktasim setelah mendapati Imam Hanbali menolak pendapat muktazilah mengatakan bahwa Quran adalah makhluk.

Khlalifah al-Muktasim : Adakah engkau mengakui Quran adalah makhluk yang bersifat baharu?

Imam Hanbali : Quran adalah Qalam Allah yang turun kepada Nabi Muhammad saw dengan perantaraan malaikat Jibriel.

Khalifah marah . Kemudian beliau diseksa di khalayak ramai. Disebat dengan rotan di punggung beliau, memilukan orang yang melihat . Sebatan pertama, beliau ucap "bismillah", sebatan kedua "la haulawala kuwwata illa billah" dan sebatan ketiga "Quran adalah kalam Allah!". Perotan merotan Imam Hanbali sekuat hati di punggung beliau. Tiba2 ikatan seluar Imam Hanbali tersebut putus kerana terlalu banyak disebat. Seluar Imam Hanbali hampir terlondeh. Imam Hanbali yang sedar keadaan itu, melaung :

"Ya Allah! Atas namaMu yang menguasai Arsy, atas namaMu yang Maha Berkuasa! Jika engkau dapati saya di pihak yang benar, maka janganlah Engkau dedahkan auratku di khalayak ramai."

Tiba2 seluar yang terlondeh itu naik semula ke atas seperti ikatannya tidak terputus. Para pengikut Imam Hanbali yang melihat kejadian itu melaungkan takbir. Khalifah merasa takut, lalu menghentikan merotan Imam Hanbali.

Putera Mujahid Islam : Tegakkanlah kebenaran, Allah membantu yang benar, menjatuhkan yang bathil..insha-Allah :)

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar