Kuatkah Iman Kita?

Bookmark and Share

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah Bicara Ku Mulakan


Assalamu'alaikum semua sahabat... :)
Dengan tajuk di atas, mari kita lihat sejauh mana iman kita terhadap Allah swt Yang Esa Lagi Agung.

Kenapa saya pilih tajuk ini? Iman? Apa itu iman? Kita hendaklah percaya kepada: 
1) Allah
2) Malaikat
3) Kitab
4) RasulNya
5) Hari Akhirat
6) Qada' dan Qadar

Namun, apakah kita mempunyai iman yang kukuh sekiranya diuji Allah?

Kita ambil contoh daripada situasi-situasi ini...

Situasi pertama:
Seorang pensyarah diuji dengan kehilangan semua hartanya. Kemudian isterinya pula lari dari pangkuannya kerana suaminya telah miskin. Namun apa yang diucapkan lelaki ini hanyalah kata-kata kesat kepada isterinya itu dan menuduh orang lain melesapkan hartanya. Kuatkah iman dia?
Seharusnya yang diucapkan di bibir kita adalah:
"La haula wa la quwwata illa billah..."
Kita jangan mengeluarkan kata-kata kesat pada isteri tersebut. Serulah dia untuk bertaubat. Sekiranya enggan, Allah telah membuka matamu bahwa apa yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita, dan apa yang kita tidak suka tidak semestinya buruk untuk kita. Jangan lah kita mengeluh kerana Allah tidak suka pada keluhan, seolah-olah kita mengalah. Tetapi kita haruslah berusaha untuk bangkit dari kegagalan kita. Orang yang berjaya tidak bermakna dia tidak pernah alami kegagalan, tetapi dia bangkit semula setelah jatuh yang membuatkan dia berjaya.

Situasi kedua:
Aishah serta keluarga mereka ditangkap kerana mereka menganut agama Islam. Mereka diuji Allah saat ini. Mereka dipaksa meninggalkan agama Islam atau akan dibakar hidup-hidup. Pada mulanya, syaitan mula membisik agar tinggalkan Islam. Tetapi Iman mereka berbisik, wahai manusia yang disayangi Allah, Islam adalah agamamu dan Allah adalah tuhanmu, jangan kamu tinggalkan Allah, takutlah azabnya...Jannah menanti untukmu jika kamu beriman pada Allah.
Akhirnya,mereka sekeluarga memilih untuk beriman kepada Allah. Mereka kata tidak akan tunduk pada sesiapa kecuali Allah. Akhirnya mereka diseksa seteruk-teruknya oleh kafir tersebut. Namun, syurga yang indah telah dijanjikan untuk mereka biarpun badan mereka hancur. Sesungguhnya, Allah ketahui hati tiap-tiap kamu, dan dia perhatikan apa yang kalian lakukan. Jangan lah berduka, kepada orang yang melakukan kezaliman, pasti Allah turunkan azab untuk mereka. Jika tidak di dunia, neraka yang membakar-bakar menanti mereka yang zalim. Sesunguhnya azab Allah sangat keras.
Tetapi, iman kita sekuat mana? Cukupkah pahala amalan kita untuk dibawa menghadap Allah kelak? Lakukan amal ibadah seolah-olah kamu akan mati hari ini. Bagi orang yang melakukan kebaikan, Jannah menanti mereka. Bidadari yang cantik tidak terkata yang tidak pernah disentuh jin atau manusia disediakan untuk penghuni syurga. Kecantikan mereka bukan seperti ratu cantik dunia sekalipun, malah mereka lagi cantik yang akan dikahwinkan untuk penghuni jannah. Setiap kali suami memandang bidadarinya, hati akan lapang gembira tak terkata. Kalian tidak mahu ke?

Tambahkan iman anda semua dengan ibadat-ibadat yang ikhlas. Semoga anda mendapat rahmat dan hidayah Allah, ameen.

Sambutlah salam saya, assalamu'alaikum =)

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar