Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh
Bismillahirrahmanirrahim
Khaifa halukum? Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera, inshaAllah ameen. Topik kali ini adalah Solat Jenazah. Saat ada sahaja orang menjemput solat jenazah, mesti ada antara kalian yang melarikan diri? Mengapa? Jawapannya senang sahaja, mungkin anda tidak tahu solat jenazah..wallahu alam. Mungkin juga anda kesibukan hal duniawi, namun…mengapa kita kejar sangat duniawi? Apa salahnya kita tunaikan solat jenazah, kerana sampai masanya kita pula yang akan dikhafankan serta disolatkan.
Solat Jenazah?
Apabila ada umat Islam yang meninggal, maka menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan solat jenazah. Solat jenazah ini adalah perkara fardhu kifayah. Maksudnya adalah, perkara yang dituntut untuk umat islam melakukannya. Berdosa seluruh umat di sesuatu kawasan jika tidak ada yang melakukannya, namun jika ada salah seorang atau lebih yang melakukannya maka terlepaslah tanggungjawab terhadap seluruh umat Islam.
Siapa yang lebih layak meng-imamkan solat ini?
Sebenarnya, lebih afdhal jika zuriat atau keluarga terdekat yang lelaki yang meninggal itu untuk melakukannya.
Kedudukan jenazah macam mana?
Bagi jenazah lelaki:
Kedudukan dia adalah terlentang mengereng dari qiblat dan kirinya adalah qiblat dan kanannya adalah imam.
Bagi jenazah perempuan:
Kedudukannya sama macam lelaki cuma kirinya adalah imam dan kanannya adalah qiblat.
Untuk mudah memahami, rujuk gambar ini:

Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.
Persedian Sebelum solat jenazah?
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله
Jawab Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
Seeloknya, saf solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.
Rukun Solat Jenazah
1. Niat pada takbiratul ihram.
2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah
1) Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah.
2) Lafaz niat.
Lafaz niat mayat lelaki:
“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah taala”.
Lafaz niat mayat perempuan:
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah taala”.
Sekiranya kanak-kanak, tambah ayat:
1. الطِفْلِ selepas ayat اْلمَيِّتِ dalam niat mayat lelaki untuk mayat kanak-kanak lelaki.
2. الطِفْلَةِ selepas ayat اْلمَيْتَةِ dalam niat mayat perempuan untuk kanak-kanak perempuan.
3) Takbiratul ihram:
اَ للهُ اَكْبَرُ
“Allah Maha Besar”.
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.
4) Takbir Pertama:
Baca surah al-Fateehah…
5) Takbir Kedua:
5) Takbir Kedua:
Selepas mengangkat takbir kedua, selawat ke atas nabi saw…
“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”
6) Takbir Ketiga:
Selepas mengangkat takbir ketiga, baca doa ini…
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”
Nota : Jika tidak mampu hafal, cukuplah sekadar Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu
Nota : Jika mayat wanita, tukarkan ـه kepada ها kerana merujuk bahasa arab kepada 'nya'. Maka bunyinya:
Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha
7) Takbir keempat:
Berdoa lagi selepas takbir keempat…
“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”
Jika tidak mampu hafal sepenuhnya, cukuplah sepanjang : Allahumma la tahrimna ajrohu, wa laa taftinna ba'dahu waghfirlana wa lahu.
Nota : Jika mayat wanita, tukarkan ـه kepada ها kerana merujuk bahasa arab kepada 'nya'.
Maka bunyinya adalah : Allahumma la tahrimna ajroha wa laa taftinna ba'daha waghfirlana wa laha.
8) Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Bacaan sesudah salam
1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
2. Surah Al-Falaq 1 kali.
3. Surah An-Nas 1 kali.
4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
6. Ayat Kursi 1 kali.
7. Doa yang sesuai.
Apa beza solat ini dengan solat-solat yang lain?
Bezanya adalah solat jenazah tidak perlu sujud. Takbir diangkat 4 kali dan selepas membaca doa selepas takbir keempat, terus bagi salam.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Bacaan sesudah salam
1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
2. Surah Al-Falaq 1 kali.
3. Surah An-Nas 1 kali.
4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
6. Ayat Kursi 1 kali.
7. Doa yang sesuai.
Apa beza solat ini dengan solat-solat yang lain?
Bezanya adalah solat jenazah tidak perlu sujud. Takbir diangkat 4 kali dan selepas membaca doa selepas takbir keempat, terus bagi salam.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar