Puasa Sunat Hari Isnin Dan Khamis

Bookmark and Share

Assamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh sahabat-sahabatku...


Kali ini, ingin saya perbincangkan mengenai puasa sunat hari Isnin dan Khamis. Maklumat yang bermanfaat ini dikongsi oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, shukran ya ustaz =)

Apakah dalilnya disunatkan berpuasa hari Isnin dan Khamis?

Pertama; diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; 
“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua; Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; 


“Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Ketiga; Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; 

“Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).
 Marilah sama-sama kita mengamalkan puasa sunat hari Isnin dan Khamis ini, dengan harapan inshaAllah kita akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat...ameen.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar