Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Wahai sahabat-sahabatku sekalian, bertemu kita sekali lagi hari ini. Dan, saya ingin berkongsi tentang solat Tahajjud.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Muzzammil[1-4]:
Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (4)Apa itu solat Tahajjud saudara-saudaraku?
Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam, setelah terjaga dari tidur wahai saudaraku. Solat ini adalah dilakukan pada sepertiga malam terakhir yakni lebih kurang 1.00 pagi sehinggalah masuk waktu subuh.
Berdasarkan hadis baginda Muhammad SAW(yang bermasud):
"Perintah Allah turun ke langit diwaktu tinggal sepertiga yang akhir dari waktu malam, lalu berseru, adakah orang-orang yang memohon ( berdoa ) pasti akan kukabulkan, adakah orang yang meminta, pasti akan kuberikan dan adakah yang mengharap ampunan, pasti akan kuampuni baginya sampai tiba waktu subuh"(rujukan Solat Sunah [http://www.pengobatan.com] )
Apa manfaatnya pula?
Berdasarkan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muzzammil[6-9]:
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (6) (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; (7)Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. (8) Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. (9)Saya menterjemahkannya. Wahai para sahabatku, solat yang dilakukan pada waktu malam lebih afdhal lagi kerana bacaan kita pada waktu ini adalah betul dan khusyuk. Dengan suasana malam yang sunyi, maka ibadat kita lebih khusyuk lagi. Jika waktu siang adalah masa kita bekerja, sukar sedikit untuk kita beribadat. Di waktu malam, inilah masanya kita menumpukan sebulat-bulat tumpuan pada Ilahi.
Puji-pujilah tuhanmu kerana dia Maha Pencipta Sekalian Alam, Allah tidak akan mensia-siakan amalan baik kita, inshaAllah.
Sekian dari saya, Mohamad Zafranudin.
Assalamu'alaikum
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar